- 分享
- 0
- 人气
- 0
- 主题
- 8
- 帖子
- 343
- UID
- 527638
- 积分
- 333
- 阅读权限
- 15
- 注册时间
- 2012-10-12
- 最后登录
- 2016-7-23
- 在线时间
- 2898 小时
|
1.Persoalan pertama ialah ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama.Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah.Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah,dia tetap ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah.Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail.
2.Persoalan seterusnya ialah sikap mengenang budi.Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya sebagai membalas budi bapa saudaranya,Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.Fuad juga cuba membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail.
3.Di samping itu,persoalan ialah ikatan kasih sayang dalam institusi keluarga.Pak Ismail dan Mak Salmah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka. Mak Salmah menyayangi Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital.
4.Persoalan seterusnya ialah sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris dengan penuh rasa tanggungjawab.Walaupun Fuad hanya guru sandaran,Fuad tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi seperti yang diharapkan oleh Cikgu Abbas.
5.Selain itu,persoalan ialah keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan.Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit ke klinik walaupun sudah lewat malam.Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah mengetahui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana.
6.Persoalan seterusnyaialah menerima ketentuan tuhan dengan hati yang reda.Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya,iaitu Farhana sebenarnya ialah adik kandungnua.Mak Salmah menerima hakikat bahawa Sifia telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.
有打错字不要见怪,希望能帮到你 |
|